Raya Story

Monday, September 05, 2011

Alhamdulillah dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa untuk menyambut hari raya disamping keluarga tercinta, sanak sedara dan sahabat handai. Sebelum terlambat kami sekeluarga ingin mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin".

Jadi sebelum terlupa meh i citerkan perjalanan raya thn nie :-D. Seperti biasa, alhamdulillah selama 11 thn lebi bersama, giliran masi berjalan seperti biasa. No drama , no soalan2 raya mana apa semua...just soalan apa tema raya ? ( nie wajib setiap tahun mesti pening memikirkan). And thn nie tema kami "PINK"


Sehari Sebelum Raya (29)


me wit Naeem yang menyebabkan sakit segala 'kepak2ku'

Kami 4 beranak hampir 8 hrs berada di aipot dan dalam kapal terbang. Jangan tanya knp 29 baru balik? Mostly semua pelik knp monday br balik??? Kenapa tak Sabtu atau Ahad....Perjalanan balik membawa bb 7 bulan lebi amat mencabar, kiranya nie 2nd time Naeem naik kapal terbang, sblm nie masa 2 bulan lebi...Yelaa 2 bulan lebi tido jer keje, mana cranky. Nak jadikan citer Naeem nie bila nak tido mulalaa membuat aksi2 menjerit sekuat hati . Dan mengambik masa dalam 10-15 min sebelum dia betul2 terlelap...huii kira berpeluh jugak mami dibuatnya.

Abgnya seperti biasa alhamdulillah dok molek2 dalam kapal terbang...dgn bermacam2 soalan dgn high pitch lagi hingga mengganggu ketenteraman awam. Nasib kami dapat kapal terbang yang ada skrin tv gitu, jadi bolelaa menonton2 dengan aman gitu :-D


Akhirnya setelah turun naik tukar kapal terbang berlaku, akhirnya sampai jugak kami ke Kota Bharu.

Raya 1st (30)

Pagi raya biasalaa kecoh2 ngan anak2 yang belum mandi, yang bapak2 pun sibuk nak bersiap sedia nak ke masjid. Lepas balik dari masjid , kami semua ready2 berangkat beraya kerumah tok nenek kami semua. Berkonvoi laa kami dalam 3 bijik kereta gitu ( sharing is caring).



Najmi laa yang paling seronok bermain + mengutip duit raya. Sibuk dia bgtau duit raya nie nak beli Bash & Dash :-D. Naeem biasalaa bb kan hehehe mana paham..ikut jelaa mana ibu bapanyaa bawak kan.Mmg kami betul2 beraya dan melawat sedara mara...petang dalam kul 5 lebi baru balik rumah...huii betul2 flat. Malam mulalaa aktiviti kami mengisi cupcakes dlm goodies untuk kenduri aqiqah esok.

Raya 2nd (31)



Merdeka...Merdeka.. Today kami buat majlis kesyukuran aqiqah untuk my son Naeem, my sis Linda daughter Nisa and Wani son Hadif. Alhamdulillah ramai yang datang , dr pagi sampai malam walaupun panas terik sehingga mencairkan otak. Naeem pun smpi menunjukkan muscle2 nya yg ada :-D

Raya 3rd (1)

My sisters Linda and Wani balik dah ke destinasi masing2. Najmi murung terus sbb teda kawan dah...dan for 1st time tengok dia merajuk bila dapat tau his cousin going home .

Raya 4th (2)

Akhirnya kami pg jalan2 ke Pengkalan Kubur. Memula pg mmg teda list nak beli apa2..sbb niat tgk2 jer, tapiiiiiii terbelilaa jugak sikit ...still manage to tahan napsu :-D Petangnya kami ke PCB jalan2 sambil gie makan colek saja2 sebelum balik semula ke KK.

Raya 5th (3)


Pagi2 off to aipot....selamat jalan


p/s Gambar raya tak banyak , source dr 1 kamera sahaja :(

0 comments: