Balik jer kerumah bermulala hidupku yang kesakitan, makanan yg limited dan segala fobia dan susah nak tidonya. Dengan perut yang dipotong, aku lebih selesa :
a) tidur dalam keadaan duduk ( senang nak bangun).
b) makan coco crunch dan biskut2 ( takut nak berak) walaupun sudah dbekalkan dengan ubat kasi " licak najis".
Kesan daripada yang di atas :
a) pinggang ku amatlaa sakit, nak urut tak dapat lagi maklumlaa dipotong teda org yang sanggup urut ( limited bidan)
b) susu tak keluar sehinggalah 1 minggu selepas itu dan menyebabkan produktif susu sangat merundum sehingga bergantung dengan susu tin dengan jayanya
c) semasa review aku dan bb selepas 8 hari melahirkan , aku berjaya turun sehingga 9 kg yippie .
Alhamdulillah sempat mama ku menjaga dalam 2 weeks menyediakan juadah yg sedap dbau , tapi susah nak ditelan :-D. Yang paling takleh dterima tekak ku ialah haruan biarlaa dmasak camna pun. Mana taknyaa hanya 2 ekor yang dbeli laki ku ( kirim pd kawan) tp susahnyaa nak habiskan. Setiap malam boleh haruan tue melarikan diri masuk longkang , dan hampir setiap pagila pembantuku jumpa tue ikan dalam longkang hidup dengan jayanya.
Mmg di ketahui umum kekuatan ikan tue, jd tuelaa bila teringat terbayang muka dia mcm senyum2 dalam longkang tue, hilanglaa napsu nak makan tue ikan. Belum lagi dengar mamaku bergusti dengan ikan tue mcm membunuh org ,bising dapur ketuk mengetuk nak matikan ikan tue. Penat gak mama ku membebel , tapi tuelaa adoiii payah nak masuk. Akhirnya ikan yang lebi ku berikan kepada myPIL :-D, jadi lega tak nmpk dah tue ikan di dalam fridge.
Setiap hari ku hitung bilalaa nak habis nie pantang, siap lagi nak buat 30 hari je, 40 dan 44 hari ini untuk makanan sahaja. Tapi bab berjalan, kaki ku tak dapat dhalang , dalam 2 weeks walaupun berstokin dan berbengkung segala ku ikut lakiku menghantar najmi setiap pagi ke sekolah dengan jayanya :-D

0 comments:
Post a Comment