Akhirnya tahun baru dah menjelma, macam tahun2 yang lain gak aku menghadapinya dengan biasa, mcm tak terasa cuma kali inilaaa...... yehooo aku start dah cuti awal sebelum melahirkan. Terima Kasih dengan kerajaan Malaysia memberikan cuti sebanyak 90 hari kepada ibu2 yang bersalin. Actually sama jer macam dulu, cuma kali ini kelebihan boleh cecah sampai 90 days daripada jumlah kelayakan 300 hari. Jadi bg sesiapa nak beranak lebih daripada 3..tak bolelaa menggunakan 90 hari nie, tak cukup dah cuti. Teladannya : Bijaklaa menggunakan cuti anda :-D
Hari pertama persekolahan, kami berdua yang berdebar2 mengalahkan anak yang akan masuk sekolah ,mmglaa amat lambat berbanding rakan2 lain yg lebih awal telah mengalami perasaan ini. Aku yang telah bercuti siap bercadang nak jaga Najmi disekolah tengok2 sempena 1st day dia di tadika.
Alhamdulillah sampai2 sekolah Najmi dok berkepit bawah ketiak maminya. Still belum panas engine tak mau masuk kelas, tapi masa tue..suara tangisan di merata-rata kedengaran, risau jugak hatiku ini ,manalaa tau berjangkit dengan Najmi pulak. Aku dok luar kelas, Najmi pun ikut, kemana saja maminya pigi dia ikut. Cikgu2 pun macam tak menang tangan dok bergilir2 mendukung budak2 yang menangis...hui sabar sungguh dan dedikasi cikgu2 nie.
Kelas Najmi dalam 13 orang dan 2 cikgu ditugaskan. Untuk 4 tahun hanya 2 kelas yang ada. Kami memilih tadika nie disebabkan tempatnya , suasana dan kawan punya citer gak :-D dan yurannya jugak quite affordable berbanding dengan tadika2 lain.
Najmi Ke Sekolah
Tuesday, January 04, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment