Dah lama dah nak citer nie, dok memanjang tertangguh, tapi alang2 tue tertangguh hampir 1 thn gitu . Nak citer pasal gadget nie, for me kira nie laa antara gadget bb yang betul-betul berguna . Paling susah hati if bb kita start batuk dan berhingus, adui betul2 buat sakit kepala. Bb tak lena tido hidung tersumbat, serba tak kena laa jawapnya, merengek jer laa yang boleh di buat. Jadi mostly bila bb mula hidung tersumbat, bermacam2 carala yang kita gunakan untuk selesaikan segera masalah nie supaya bb serta ibu bapa dapat tido dgn aman damai :-D
From my experience ( mcm anak 5 kan) masa Najmi dulu, kami gunakan gadget utk membuang hingus2 untuk menyenangkan / melancarkan pernafasan Najmi. Gadget yang biasa boleh dapat dmana2 dengan harga serendah rm10 kot gitu. Yang jenis main picit2 dibelakang tue :-D, tapi bukan sebarang picit gak, mesti dengan teknik supaya hingus dapat dtarik .
Jadi mami yg rajin bejalan nie tetiba tenampaklaa satu jenis benda yang menarik hati tergantung2 dkedai bb. Nah lain jugak nie penyedut hingus dan harganya agak mahal daripada penyedut hingus yg jenis main picit2 belakang tue.

Nielaa rupa penyedut hingus nie, yg muncung tue dimasukkan dlm hidung bb, dan yg 1 lagi tue kita sendiri yg sucks, boleh tgk dekat2, nampak tue ( gambar akhir) ada nampak hingus. Alhamdulillah setakat nie if Naeem kena selsema, pakai jer penyedut nie ...plg lambat pun 2-3 hari kering dah hingus meleleh tue, walaupun upacara sedutan nie di buat 3-4x sehari, tgk camna kepekatan hingusnya :-D










